Welcomes TO DC Group's Website...............by shazwan

The group has been discovered a places are beyond our thought and who love adventures, extreme journey and relaxing in anyway and " No matter how, we go for it ".

Saturday, September 18, 2004

Activities

There are many activities and places has had visited or explored such from lowest hills to highest mountain in Asia, from jungles to waterfalls, East to West coast, clubing to snorkeling and a lots of activities had we are go through together.

DC's pictures


wat to say???



Stop by at Dam Tembat before continue our journey to Gunung Tembat



At Tembat River, Tasik Kenyir



Tasik Kenyir,Jetty



We are drived to East area located at Kelantan for Air Terjun Jelawang,G.Ayam and G.Stong



At Brinchang's Telekom Tower, Cameron Highland after climbed G.Irau



Macho guys with a foreign gurl..hehe..jgn mare ye za, fendi ko pun jgn mare yee..



Who wants us???call us at 03-xxxxxx

- Blue
dcgroup
http://www.dcgroup.blogspot.com/
Mohd Shazwan Ishak
wan79@streamyx.com

Friday, September 17, 2004

1st DC project

Ekspedisi : XPDC Air Terjun Jelawang, Gunung Ayam & Gunung Stong, Dabong, Kelantan
Tarikh : 6/10/200 ~ 9/10/200
Peserta : 22 orang



Ini adalah ekspedisi pertama yang dianjurkan oleh DC Group dimana 22 orang peserta telah turut serta untuk projek " Pertama DC" ini dan Alhamdullilah xpdc ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna hasil kerjasama yang diberikan oleh para peserta. Rasanya boleh dikatakan 'xpdc' ini agak berat terutama bagi peserta yang baru berjinak-jinak untuk mendekatkan diri dengan gunung. Ini kerana, peserta harus mendaki dua gunung yang tertinggi di negeri Kelantan dalam masa dua hari iaitu Gunung Ayam dengan ketinggian 4934 kaki dari paras laut dan Gunung Stong setinggi 4664 kaki.

Di puncak Gunung Ayam


Kami memulakan 'xpdc' dengan menaiki keretapi dari Kuala Lumpur tepat jam 8:00 malam menuju ke Dabong, Kelantan. Sayang sekali 'xpdc' yang sepatutnya disertai oleh 24 orang telah menjadi 22 orang kerana 2 peserta telah ditinggalkan keretapi akibat terlewat. Mengikut jadual keretapi, kami yang sepatutnya tiba ke Dabong pada pukul 5:00 pagi telah terlewat 3 jam disebabkan oleh sebab-sebab teknikal. Dari Kg.Dabong, kami menaiki bot untuk menyeberangi sungai dan kemudiannya menaiki van menuju ke Perdana Stong Hills Resort sebelum memulakan pendakian ke tapak perkhemahan Air Terjun Jelawang atau lebih dikenali sebagai Kem Baha. Walaupun kami telah terlewat, namun kami berjaya menepati jadual yang telah diatur untuk memulakan pendakian ke Gunung Ayam pada jam 2:30 petang. Selepas makan tengah hari dan bersolat di Kem Baha, kami memulakan pendakian denagn diiringi jurupandu yang bernama Wan. Pendakian ke Gunung ayam agak sukar kerana masing-masing membawa beg yang puratanya 15kg ~ 20kg seorang. Semasa menghampiri puncak Baha, jam telah menunjukkan 7:30 malam. Keadaan sekeliling sudah pun gelap dan berbekalkan lampu suluh kami meneruskan perjalanan ke puncak Baha. Agak malang bagi Syikin, disebabkan ini adalah pengalaman pertama beliau mendaki gunung dan tidak biasa dalam keadan gelap kakinya telah tersandung akar pokok bonsai dan terseliuh. Mujur ada peserta Md.Nor yang memang merupakan seorang tukang urut, lega sedikit hati kami.

Ketika merentasi sungai untuk ke G.Stong dan G.Ayam


Kami sampai di puncak Baha lebih kurang 8:30 malam. Walaupun perjalanan dari puncak Baha menuju ke puncak Gunung Ayam mengambil masa hanya 20 minit lagi, tetapi disebabkan hari telah gelap; keletihan dan perut yang lapar ditambah lagi kaki Syikin yang terseliuh, semua peserta akhirnya bersetuju berkhemah dan bermalam di puncak Baha sahaja. Kami akan meneruskan pendakian ke puncak Gunung Ayam pada keesokan hari. Esoknya seawl 8:00 pagi, dengan semangat yang tinggi untuk menawan puncak Gunung Ayam, kami meneruskan pendakian dan berjaya melaksanakan misi pertama kami dengan rasa syukur dan puas. Setelah berada di puncak selama 30 minit menikmati keindahan alam, anugerah Allah s.w.t. kami turun dari puncak Gunung Ayam dan menuju ke puncak Gunung Stong pula. Perjalanan turun dari puncak Gunung Ayam menjadi agak sukar kerana faktor kecuraman dan ditambahi dengan beg yang berat. Kami mengambil masa 5 jam untuk menuruni Gunung Ayam. Tepat jam 3:00 petang kami mula mendaki Gunung Stong pula tetapi pendakian kali ini hanya disertai 14 orang peserta sahaja. Lapan peserta yang lain terpaksa mengalah disebabkan faktor keletihan dan kecederaan kecil. Pendakian ke Gunung Stong agak mudah sedikit kerana kami tidak membawa beg. Kami tiba di puncak Gunung Stong pada jam 5:30 petang. Walaupun masing-masing kelihatan keletihan, naumun cahaya kepuasan terpancar di wajah para peserta kerana misi yang dirancang telah berjaya disempurnakan.Dari puncak, kami menyaksikan pemandangan yang begitu cantik di mana kami dapat menyaksikan pemandangan yang begitu cantik dimana kami dapat melihat Gunung Ayam, Puncak Baha, Gunung Saji, Sungai Kelantan ( menurut kata jurupandu ) dan juga kampung-kampung di sekitar gunung.

Hari terakhir kami menghabiskan masa dengan menjelajah keindahan Air Terjun Jelawang. Menurut sumber yang tidak begitu pasti, Air Terjun Jelawang merupakan air terjun tertinggi di Malaysia dan memang terbukti air terjunnya memang benar-benar tinggi. Setelah puas bermandi-manda, kami turun semula ke Kg Dabong untuk menaiki keretapi jam 8 malam ke Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Rais, Rose, Fida, Edi dan Salleh ( orang kuat DC ) yang telah bekerja keras untuk menjayakan 'xpdc' ini. Tidak lupa kepada Abg Zaid ( org lama ) yang banyak membantu dan memeriahkan suasana.

XPDC Air Terjun Berkelah

Lokasi : XPDC Air Terjun Berkelah, Maran Pahang.
Tarikh : 23/01 ~ 25/01' 2001
Bil.peserta : 55 org ( ramai betul )


Rasanya lebih sesuai jika 'xpdc' ke Air Terjun Berkelah anjuran DC Group pada kali ini diberi nama Rombongan Cik Kiah ke Air Terjun Berkelah ( teringat kepada drama tv tempatan suatu masa dulu; Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel ), mana tidaknya kerana jumlah peserta telah mencecah ke angka 55 orang. Bayangkan keluasan kawasan perkhemahan yang diperlukan untuk menampung seramai 55 orang dan hasilnya kami merasakan seolah sedang berkampung di Air Terjun Berkelah.
XPDC kali ini mendapat sambutan yang di luar dugaan mungkin disebabkan konsep 'xpdc' ini lebih kepada leisure, santai, mnecari kedamaian & ketenangan. Malahan DC Group terpaksa menolak banyak pemohonan daripada peserta memandangkan jumlah peserta yang kami rasakan terlalu ramai ( pada awalnya dihadkan seramai 40 orang sahaja ).
Air Terjun Berkelah terletak di daerah Maran, Pahang dan merupakan destinasi popular bagi penggemar aktiviti outdoor. Ia merupakan satu kemestian kepada penggemar outdoor untuk mengunjunginya. Dengan air terjunnya yang tinggi dan kolamnya yang besar dan dalam serta airnya yang sejuk ternyata amat sesuai sekali untuk mencari kedamaian dan ketenangan. Kedamaian yang diperolehi di sini ternyata jauh berbeza dengan apa yang terdapat di Kuala Lumpur. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika ada di antara peserta yang mengikuti 'xpdc' ini telah lapan kali mengunjungi Air Terjun Berkelah. Atas sebab-sebab inilah, DC Group telah membawa seramai 55 orang peserta melarikan diri dari kesibukan bandar untuk mencari kedamaian dan ketenangan di Hutan Lipur Berkelah.
Kami gembira kerana 'xpdc' kali ini mendapat penyertaan daripada banyak kumpulan-kumpulan kecil. Kami terharu dan berterima kasih kepada Matshushita Electronic dari Shah Alam kerana menghantar seramai 15 orang peserta manakala Asia Commercial Finance pula telah menghantar seramai 13 orang peserta. Ini semua menjadikan 'xpdc' kali ini bertambah meriah.
Oleh kerana kami sampai disimpang masuk ke Hutan Berkelah agak awal lebih kurang 4:30 pagi, maka kami terpaksa membentang kanvas di tepi jalan dan tidur beramai-ramai tanpa berbumbung dan disirami embun pagi sementara menanti hari cerah. Jam menunjukkan 8:00 pagi kami menaiki kenderaan pacuan empat roda menuju ke kawasan air terjun dan ini telah menjimatkan masa kami yang mana jika melalui track memakan masa dua jam perjalanan. Walaubagaimanapun kami terpaksa juga 'treckking ' lebih kurang satu jam lagi untuk tiba ke tapak perkhemahan dengan melalui bukit-bukit dan tebing batu yang curam dan licin.
Pukul 10 pagi kami tiba di tapak perkhemahan dan memandangkan telah banyak kumpulan-kumpulan lain yang sampai terlebih dahulu dari kami, maka tapak perkhemahan agak terhad apatah lagi untuk menampung seramai 55 orang dari kumpulan DC Group. Alhamdullilah setelah berbincang dengan kumpulan yang telah tiba terdahulu, mereka telah sudi memberikan sedikit ruang kepada kami, maka dapatlah DC Group berkampung.
Para peserta tidak sabar-sabar untuk mandi di sungai kerana selesai sahaja mendirikan khemah mereka terus ke sungai untuk berendam. Setelah puas berendam, makanan tengah hari telah pun siap terhidang. Kami merasakan seperti berkenduri bila menikmati makan tengah hari beramai-ramai. Sepanjang perkhemahan, kami cukup mewah dengan makanan. Belum pun sempat makanan hadam di perut, kami telah dihidangkan pula dengan bubur jagung pada minum petang. Ada peserta yang terperanjat kerana dalam banyak-banyak perkhemahan, inilah pertama kali merasa mewah dengan makanan seolah-olah berada di rumah pula.


Tukang masak memasak bubur jagung..


Pada petang pula, kami trekking sepanjang sungai dengan melalui tebing-tebing batu yang curam dan licin menuju ke air terjun paling tinggi dan kolam yang paling besar. Satu pertandingan gaya terjunan yang paling menarik telah diadakan dikalangan peserta.
Malam itu kami mengadakan sesi suai kenal dan untuk memeriahkan suasana malam serta menambahkan kemesraan kami telah bermain kad. Sesiapa yang kalah dalam permainan ini, mukanya akan diconteng dengan arang. Menjelang dinihari, ada diantara peserta mula memasuki khemah untuk tidur. Yang mana belum mengantuk masih lagi meneruskan permainan kad.
Keesokannya ramai peserta yang bangun agak lewat kerana tidur yang nyenyak. Bila ditanya, mereka merasakan seperti tidur di dalam air-cond,mana tidaknya mereka mendirikan khemah di tepi sungai. Bihun goreng yang dihidangkan untuk sarapan pagi laris seperti goreng pisang panas, mujur tukang masak berjaya menyediakan nasi goreng untuk dihidangkan kepada peserta yang bangun lewat. Selepas makan tengah hari, kami berkemas untuk pulang walaupun ramai peserta yang mengeluh kerana masih belum puas bermain air dan mengecapi ketegangan. Kalau ada umur yang panjang, mungkin di lain masa kita akan kembali lagi.


Bergambar beramai-ramai di Berkelah

XPDC ke Gunung Dato' Rembau

Tarikh : 11 Nov ~ 12 Nov 2000
Peserta :



Kenangan beramai-ramai di puncak Gunung Dato'.

Ketika menghampiri puncak Gunung Dato'