Welcomes TO DC Group's Website...............by shazwan

The group has been discovered a places are beyond our thought and who love adventures, extreme journey and relaxing in anyway and " No matter how, we go for it ".

Friday, September 17, 2004

XPDC Air Terjun Berkelah

Lokasi : XPDC Air Terjun Berkelah, Maran Pahang.
Tarikh : 23/01 ~ 25/01' 2001
Bil.peserta : 55 org ( ramai betul )


Rasanya lebih sesuai jika 'xpdc' ke Air Terjun Berkelah anjuran DC Group pada kali ini diberi nama Rombongan Cik Kiah ke Air Terjun Berkelah ( teringat kepada drama tv tempatan suatu masa dulu; Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel ), mana tidaknya kerana jumlah peserta telah mencecah ke angka 55 orang. Bayangkan keluasan kawasan perkhemahan yang diperlukan untuk menampung seramai 55 orang dan hasilnya kami merasakan seolah sedang berkampung di Air Terjun Berkelah.
XPDC kali ini mendapat sambutan yang di luar dugaan mungkin disebabkan konsep 'xpdc' ini lebih kepada leisure, santai, mnecari kedamaian & ketenangan. Malahan DC Group terpaksa menolak banyak pemohonan daripada peserta memandangkan jumlah peserta yang kami rasakan terlalu ramai ( pada awalnya dihadkan seramai 40 orang sahaja ).
Air Terjun Berkelah terletak di daerah Maran, Pahang dan merupakan destinasi popular bagi penggemar aktiviti outdoor. Ia merupakan satu kemestian kepada penggemar outdoor untuk mengunjunginya. Dengan air terjunnya yang tinggi dan kolamnya yang besar dan dalam serta airnya yang sejuk ternyata amat sesuai sekali untuk mencari kedamaian dan ketenangan. Kedamaian yang diperolehi di sini ternyata jauh berbeza dengan apa yang terdapat di Kuala Lumpur. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika ada di antara peserta yang mengikuti 'xpdc' ini telah lapan kali mengunjungi Air Terjun Berkelah. Atas sebab-sebab inilah, DC Group telah membawa seramai 55 orang peserta melarikan diri dari kesibukan bandar untuk mencari kedamaian dan ketenangan di Hutan Lipur Berkelah.
Kami gembira kerana 'xpdc' kali ini mendapat penyertaan daripada banyak kumpulan-kumpulan kecil. Kami terharu dan berterima kasih kepada Matshushita Electronic dari Shah Alam kerana menghantar seramai 15 orang peserta manakala Asia Commercial Finance pula telah menghantar seramai 13 orang peserta. Ini semua menjadikan 'xpdc' kali ini bertambah meriah.
Oleh kerana kami sampai disimpang masuk ke Hutan Berkelah agak awal lebih kurang 4:30 pagi, maka kami terpaksa membentang kanvas di tepi jalan dan tidur beramai-ramai tanpa berbumbung dan disirami embun pagi sementara menanti hari cerah. Jam menunjukkan 8:00 pagi kami menaiki kenderaan pacuan empat roda menuju ke kawasan air terjun dan ini telah menjimatkan masa kami yang mana jika melalui track memakan masa dua jam perjalanan. Walaubagaimanapun kami terpaksa juga 'treckking ' lebih kurang satu jam lagi untuk tiba ke tapak perkhemahan dengan melalui bukit-bukit dan tebing batu yang curam dan licin.
Pukul 10 pagi kami tiba di tapak perkhemahan dan memandangkan telah banyak kumpulan-kumpulan lain yang sampai terlebih dahulu dari kami, maka tapak perkhemahan agak terhad apatah lagi untuk menampung seramai 55 orang dari kumpulan DC Group. Alhamdullilah setelah berbincang dengan kumpulan yang telah tiba terdahulu, mereka telah sudi memberikan sedikit ruang kepada kami, maka dapatlah DC Group berkampung.
Para peserta tidak sabar-sabar untuk mandi di sungai kerana selesai sahaja mendirikan khemah mereka terus ke sungai untuk berendam. Setelah puas berendam, makanan tengah hari telah pun siap terhidang. Kami merasakan seperti berkenduri bila menikmati makan tengah hari beramai-ramai. Sepanjang perkhemahan, kami cukup mewah dengan makanan. Belum pun sempat makanan hadam di perut, kami telah dihidangkan pula dengan bubur jagung pada minum petang. Ada peserta yang terperanjat kerana dalam banyak-banyak perkhemahan, inilah pertama kali merasa mewah dengan makanan seolah-olah berada di rumah pula.


Tukang masak memasak bubur jagung..


Pada petang pula, kami trekking sepanjang sungai dengan melalui tebing-tebing batu yang curam dan licin menuju ke air terjun paling tinggi dan kolam yang paling besar. Satu pertandingan gaya terjunan yang paling menarik telah diadakan dikalangan peserta.
Malam itu kami mengadakan sesi suai kenal dan untuk memeriahkan suasana malam serta menambahkan kemesraan kami telah bermain kad. Sesiapa yang kalah dalam permainan ini, mukanya akan diconteng dengan arang. Menjelang dinihari, ada diantara peserta mula memasuki khemah untuk tidur. Yang mana belum mengantuk masih lagi meneruskan permainan kad.
Keesokannya ramai peserta yang bangun agak lewat kerana tidur yang nyenyak. Bila ditanya, mereka merasakan seperti tidur di dalam air-cond,mana tidaknya mereka mendirikan khemah di tepi sungai. Bihun goreng yang dihidangkan untuk sarapan pagi laris seperti goreng pisang panas, mujur tukang masak berjaya menyediakan nasi goreng untuk dihidangkan kepada peserta yang bangun lewat. Selepas makan tengah hari, kami berkemas untuk pulang walaupun ramai peserta yang mengeluh kerana masih belum puas bermain air dan mengecapi ketegangan. Kalau ada umur yang panjang, mungkin di lain masa kita akan kembali lagi.


Bergambar beramai-ramai di Berkelah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home